Pasaran forex
Analisis Forex (EUR/USD) 16 Jun 2022Analisis Forex (EUR/USD)
16 Jun 2022
Ramalan Analisis Teknikal D1
(Sell)
Sell 15
Neutral 8
Buy 2
H1, Strong Sell
H2, Sell
H4, Sell
Harga semasa 1.04337
Untuk H1-H4 pada mod menurun Bearish. Harga pada H4 kini menyentuh pada Pivot S1, kemudian mungkin akan turun ke Fbb 1.04031
Pada D1, harga pada mod menurun Bearish. Harga kini di bawah Pivot S1, kami menjangkakan mungkin akan turun ke Fbb 1.02363
14/6/2022 INFLASI AS MEMPENGARUHI PASARAN GBP/USDLaporan inflasi AS pada minggu lepas memberi gambaran pengukuhan AS Dolar pada pasaran. Peningkatan yang dilaporkan memberikan situasi kepada Feds yang dijangka akan menaikkan kadar untuk menangani kenaikan inflasi AS pada FOMC nanti. Kenaikan kadar yang dijangka ini bersesuaian dengan kaedah buku teks dan pasaran bergerak selari dengan tindakan ini.
GBP/USD yang berada dalam julat minggu lalu telah melakukan penembusan dengan laporan inflasi AS. Pergerakan ini menggambarkan pergerakan pembetulan yang telah tamat dan kejatuhan GBP/USD diteruskan sehingga berlaku julat yang baru.
fokus sellGbpjpy masih dalam keadaan bullish pada time frame harian, peluang untuk turu menguji support area 161.538-158.059,jika berlakunya rejection pada resistance area tersebut,untuk entry boleh berpandukan pada teknikal masing-masing,pengurusan risiko sangat penting supaya tidak mengalami sebarang kerugian teruk,jangan merisiko kan melebihi 3% dari equity untuk trader yang trade di metatrader
6/6/2022 KETIDAK STABILAN POLITIK UK Suasana politik UK yang semakin tidak menentu lebih memberi kesan kepada GBP/USD berbanding laporan NFP minggu lepas. United Kingdom yang terkenal dengan suasana panas politiknya ekoran daripada isu Brexit yang lalu kembali membelenggu pasaran GBP/USD dengan Perdana Menterinya yang bakal berdepan undi tidak percaya dalam sesi parlimen hari ini. Keputusan undian itu akan dikeluarkan dalam hari ini yang mana akan menentukan nasib Boris Johnson dalam sesi pemerintahan beliau dalam parlimen UK.
GBP/USD masih di dalam julat harga terdahulu setelah cuba membuat kenaikan sebelum ini ke paras R1. Laporan NFP yang luar jangkaan hanya memberi kesan sementara sebelum harga kembali ke atas. Selagi harga di dalam julat, GBP/USD masih tiada arah sebenar.
GBPUSD?: Kepala & Bahu?GBPUSD dilihat bergerak menaik sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang masa harian dilihat seakan sedang membentuk corak carta kepala & bahu
Harga sebelum ini dilihat membuat kenaikan setelah terbentuknya 'divergence' namun gagal memecahkan SBR sebelum ini
Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagimana harga belum memecahkan rintangan berkenaan
TIdak mustahil juga untuk harga membuat penurunan membatalkan pembentukan corak carta
Adalah menarik sekiranya harga membuat kenaikan memecahkan rintangan disertai dengan volum yang tinggi
Ke manakah halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
2/6/2022 PENGEMBALIAN HARGA KEPADA TREND KENAIKAN GBP/USDSetelah laporan Hasil Perbendaharaan AS dikeluarkan, GBP/USD melakukan penurunan dalam kenaikannya sebelum ini. Hal ini ditambah lagi dengan inflasi yang melanda UK dan juga suasana ekonomi UK yang tampak suram. Keadaan ini menjadikan kenaikan GBP/USD sebelum ini kelihatan hanya sementara kerana penjualan yang berlangsung. Sekalipun begitu, harga pada pasaran hari ini kembali kepada harga pembukaan minggu ini. Faktor NFP pada hari esok juga mempengaruhi pasaran yang berbolak-balik.
Setelah garisan trend kenaikan ditembusi, GBP/USD melakukan terjunan setelah gagal bertahan pada paras rintangan R1 pada minggu ini. Walaupun begitu, harga juga gagal melakukan penurunan kepada paras sokongan S1 yang menjadikan pasaran belum ada penanda arah nyata. Pergerakan harga ini akan dipengaruhi oleh laporan NFP pada hari esok yang mana sekiranya laporan baik dikeluarkan, penjualan GBP/USD akan diteruskan lagi.
EURJPY Cari Peluang SellEURJPY pada timeframe daily D1 kini berada dalam trend menaik (uptrend) dan harga semasa kini berada di dalam zon resisten (138.684 – 140.056). Ia berkemungkinan akan membuat penurunan semula jika ia tidak meneruskan kenaikan melepasi di atas zon resisten. Para pedagang kini berpeluang untuk entry sell dengan MM yang ketat berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Pastikan meletakkan Stop Loss SL atau cutloss jika ia meneruskan kenaikan melepasi di atas zon resisten. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam kawasan zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.
EURUSD Ada Tanda PenurunanEURUSD pada timeframe daily D1 telah membuat penurunan pada semalam dan telah membentuk bearish engulfing. Ini bermakna zon resisten (1.07351 – 1.07883) baru telah terbentuk dan kebarangkalian untuk ia membuat penurunan amat tinggi. Walaubagaimana pun ada 2 situasi berkemungkinan akan berlaku iaitu samada ia akan terus membuat penurunan atau ia akan naik sementara untuk menguji harga di dalam zon resisten sebelum membuat penurunan semula. Jangkaan penurunan adalah sehingga ke zon support yang terdekat (1.05300 – 1.05803). Para pedagang kini berpeluang untuk entry sell berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.
30/5/2022 GBP/USD MASIH LAGI TERBANG KE ATASLaporan Komiditi dan Masa Hadapan AS, menunjukkan pedagang dan peramal memotong posisi belian mereka di Dolar AS sebanyak $2 billion di penghujung minggu 24 May. Perdana Menteri UK, Boris Johnson masih lagi dalam tekanan selepas laporan parti minggu lalu. Pemilihan untuk undi tidak percaya pada PM diteruskan dengan lebih jelas dengan MP Tory dengan terbuka mempersoalkan jawatan PM UK itu.
GBP/USD yang disokong pada harga 1.2180 meneruskan kenaikan ke rintangan R1. Rintangan ini akan memberi arah sama ada kenaikan akan diteruskan atau penurunan kembali lagi. Walau bagaimanapun, GBP/USD yang didagangkan atas 1.2600 masih lagi memberi tanda kekuatan belian.
EURUSD Boleh Naik Lagi?EURUSD pada timeframe daily D1 kini masih dalam trend menaik (uptrend) dan dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga ke zon resisten terdekat (1.07877– 1.09328). Para pedagang masih berpeluang untuk entry buy dan sasaran TP adalah di zon resisten tersebut. Anda juga boleh tunggu sehingga harga berada di dalam zon resisten dan mencari peluang untuk sell. Sasaran (TP) untuk sell adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.